Tuesday, March 4, 2008

Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.

“Edora ibu jalan dulu ya. Makanan dah siap di atas meja. Nanti sebelum pergi ke sekolah Edora makan dulu eh?” “ Ya bu nanti dora makan. Baik-baik jalan.” Aku menjawab sambil menyikat rambutku yang basah itu. Pagi ini seperti pagi-pagi yang lain. Ibu ke kerja dan aku siapkan diri untuk ke sekolah. Setelah siap aku mengalas perut dengan makanan yang dihidangkan oleh ibu sebelum keluar rumah untuk ke sekolah. Apabila sedang berjalan ke pintu, aku terlihat gambar bapaku yang terletak di atas televisyen. Aku mengeluh apabila teringatkan peristiwa yang telah berlaku kepada keluargaku yang menyebabkan aku dan ibuku tinggal di dalam kehidupan sebegini.

Peristiwa itu berlaku pada tahun yang lalu. Keluargaku masih sempurna. Ayahku masih hidup dan ibuku tidak perlu bekerja. Aku tidak mempunyai adik-beradik dan ibu bapaku ialah sesuatu yang paling penting di dalam hidupku. Pada hari-hari biasa ayaku akan menghantar aku ke sekolah sebelum memandu ke pejabatnya. Apa sahaja yang aku mahukan ibu bapaku akan membelikanku.

Pada hari cuti jun rakan-rakanku mengajakku pergi perkhemahan. Aku mahu dengan sepenuh hati untuk hadir tetapi ayahku tidak setuju dengan perkhemahan tersebut. Beliau tidak benarkan aku pergi kerana tiada pengawasan ibu bapapun. Aku sangat marah dengan keputusan ayah dan mengurung diriku di dalam bilik sepanjang hari itu. Ayah cuba merujuk aku keluar untuk makan malam tetapi aku berbantah. Aku hendak sangat pergi perkhemahan tersebut tetapi ayah masih tidak mahu memberi aku keizinan untuk pergi. Pada malam itulah aku membuat cadangan untuk membohongi ibu bapaku supaya aku dapat menyelip diri ke perkhemahan tersebut.

Keesokan hari aku bangun seperti biasa dan memakan sarapan seperti hari-hari biasa. Selepas sarapan aku meminta izin untuk kerumah kawanku untuk membuat projek. Ibu bapaku membenarkan aku pergi dan selepas itu aku terus menuju ke perkhemahan tersebut. Sebelum aku keluar rumah aku telah meletakkan surat di atas meja kepada ibu bapaku tentang rancanganku dan bahawa mereka tidak harus bimbang sangat kerana aku bukan budak kecil lagi.

Apabila di perkhemahan aku bertemu dengan kawan-kawanku dan kami terus memulakan aktiviti-aktiviti sehingga larut malam. Semasa dalam perkhemahan aku tidak pernah memikirkan tentang peribadian ibu bapaku. Pada hari yang kedua, aku membuat keputusan untuk pulang. Aku rasa letih dan mahu balik kepada katilku. Apabila sampai ke rumah aku membuka pintu dan memasuki rumah aku yang agak sunyi itu. Aku hairan kerana tidak ada sesiapa di rumah kerana hari itu hari ahad, kedua-dua ibu bapanya seharusnya di rumah. Apabila aku mahu ke bilikku aku ternampak sekeping nota di atas meja ditandatangani oleh ibu. Apa yang aku tidak tahu ialah nota itu ditulis oleh ibu untukku menandakan bahawa ayahku beradi di hospital kerana diserang sakit jantung dan bahawa beliau tidak dapat menghubungiku kerana telefon bimbitku tidak dihidupkan.

Hatiku berdegup dengan lancar. Aku lari keluar rumah dan menuju ke arah hospital dengan segera. Aku mula menyesal atas perbuatanku. Mengapakah aku membuat candangan sebegitu dan membuat ibu bapaku menysal hinggakan perkara ini boleh berlaku? Apabila sampai di hospital aku menuju ke wad ayahku. Apabila sampai aku terlihat ibuku duduk di luar wad tersebut. Airmata tidak berhenti menitis daripada matanya. Aku dapat tahu daripada doctor bahawa ayahku masuk koma dan telah meninggal dunia pagi tadi. Hatiku berasa berat dipenuhi dengan kesal dan kemarahan terhadap diri sendiri.

Hari seterusnya ayah dikebumikan dan hanya ibu dan aku sahaja yang hidup di dalam rumah yang sunyi ini. Ibu mendapatkan kerja supaya aku masih dapat sambung sekolah dan supaya ada duit pembelanjaan. Sampai hari ini aku tahu ibuku masih berasa sedih terhadap kematian ayahku tetapi beliau tidak pernah menunjuknya. Daripada hari itu, aku tidak pernah membohong atau membuat apa-apapun yang boleh menyakiti hati ibuku. Aku masih menyesal keatas perbuatanku. Sehinggakan hari ini aku masih tidak boleh membawa diri untuk memaafkan diriku.

Surat kiriman

Arini binti Abdullah

Blok 516 Jalan Nakhoda

#10-243

Singapura 245516

7 Februari 2008

Pegawai Perhubungan Awam

Pertubuhan Ihsan

15 Jalan seroja

Singapura 140515

Tuan,

Penyertaan tentang kerja kemasyarakatan

Berhubung dengan perkara di atas, saya amat minat dengan program yang telah dianjurkan tuan; Oleh itu saya meminta izin untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Saya harap dengan seba-sebab yang saya akan menerangkan dengan lanjut lagi tuan akan membuat kepetusun untuk membenarkan saya ke dalam program ini.

Saya mahu melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan ini kerana saya mahu menolong mereka yang terjejas oleh bencana banjir baru-baru ini. Saya juga mahu menolong mereka kerana perasaan simpati dengan mereka. Saya suka dengan perasaan paus hati kerana dapat menolong mereka walaupun sedikit sahaja. Lagi pun kami warga Singapura harus menolong negeri-negeri di sekeliling kami terutamanya mereka yang telah banyak menolong kami dengan sumber-sumber makanan dan air. Program ini ialah peluang yang terbaik untuk saya memberi pertolongan.

Saya akan menghargai pengalaman ini kalau diberi peluang. Saya harap dengan sebab-sebab yang ditulis tuan akan membuat keputusan untuk membenarkan saya memsuki program ini.

yang benar

Arini binti Abdullah